Jack Ma ‘hilang’?

SEHINGGA kini, sudah lebih dua bulan pengasas Alibaba.com dari China, Jack Ma tidak kelihatan atau membuat kemunculan di khalayak ramai.

‘Kehilangan’ beliau dikaitkan dengan tindakannya mengkritik sistem kewangan China secara terbuka hujung tahun lalu.

Beliau mendesak supaya kerajaan China melakukan perubahan serta pembaharuan terhadap sistem kewangan republik berkenaan.

Terbaharu,  wartawan dan penyampai CNBC, David Faber, melaporkan Ma tidak hilang seperti yang diperkatakan banyak pihak.

Sebaliknya Ma sengaja mengurangkan penampilan umum. Keadaan itu akan berlarutan untuk beberapa lama.

Ini antara fakta yang diketahui buat masa ini:

  1. Jack Ma tidak muncul sebagai juri dalam episod akhir sebuah program realiti televisyen miliknya, Africa’s Business Heroes.
  2. Beliau digantikan dengan seorang lagi eksekutif Alibaba dalam program yang disiarkan pada penghujung November lalu.
  3. Wajahnya turut dipadam dari disiarkan dalam laman web tersebut.
  4. Salah satu entiti perniagaan miliknya, Ant Group kini dalam pemantauan kerajaan China susulan kenyataan kontroversi yang disampaikan Jack Ma pada 24 Oktober lalu.
  5. Jack Ma mengkritik sistem kewangan di China yang bersifat tradisional, sekali gus berpendapat perlu diwujudkan sistem baharu yang mesra golongan muda.
  6. IPO Ant Group telah digantung atas alasan beberapa isu melibatkan persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan.
  7. Pihak berkuasa China melancarkan siasatan antimonopoli terhadap Alibaba pada penghujung Disember lalu, termasuk meminta Ant Group menyusun semula operasinya.
  8. Tweet terakhir Jack Ma adalah pada 10 Oktober lalu.

Related posts

Leave a Comment