Penduduk AS dapat vaksin

WASHINGTON 14 Dis. – Penduduk Amerika Syarikat (AS) mula mendapat suntikan vaksin Covid-19 mulai hari ini, berikutan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan vaksin di negara itu.

Vaksin keluaran bersama syarikat Pfizer dan BioNTech itu sudah mula dikirimkan (foto) dari kilangnya di Michigan, Amerika.

Penggunaan kecemasan bermaksud produk perubatan itu mendapat kebenaran khas daripada FDA untuk digunakan ketika kecemasan, namun tidak bermakna ia mendapat kelulusan penuh.

Pfizer perlu membuat permohonan berasingan agar vaksin keluarannya diberi kelulusan penuh oleh FDA.

Kesemua 50 negeri di Amerika akan menerima bekalan vaksin itu di mana pada

tahap awal hampir tiga juta orang yang berusia 16 tahun dan ke atas akan diberi suntikan tersebut.

Matlamatnya untuk menyuntik lebih 100 juta penduduk Amerika menjelang Mac depan.

AS adalah negara keenam yang memberi lampu hijau bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTeh itu selepas Britain, Bahrain, Kanada, Arab Saudi dan Mexico.

Sejenis lagi vaksin keluaran syarikat Moderna dijangka mendapat kelulusan tidak lama lagi.

Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat sebanyak lebih 16.2 juta adalah yang tertinggi dunia.

Data dari Universiti Johns Hopkins juga menunjukkan lebih 299,000 pesakitnya sudah meninggal dunia, juga tertinggi di dunia.

Related posts

Leave a Comment