Lima negeri tiada kes baharu

 

SABAH terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 889 kes yang meliputi 500 kes daripada kluster termasuk lapan kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah. Sebanyak 253 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 136 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

NEGERI SEMBILAN merekodkan 96 kes dengan 42 kes daripada kluster yang sedia ada dan 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kaya.

SELANGOR mencatatkan 76 kes dengan 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kayu, 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 13 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

KEDAH merekodkan 76 kes iaitu 74 kes daripada kluster sedia ada dan dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)

PULAU PINANG merekodkan 23 kes iaitu 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada, tiga kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan LABUAN merekodkan 21 kes di mana 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada dan satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19.sedia ada dan dua kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

PERAK merekodkan 10nkes iaitu lima kes daripada kluster sedia ada dan lima kes daripada lain-lain saringan COVID-19

SARAWAK mencatatkan lapan kes iaitu tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baki, tiga kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan dua kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

JOHOR merekodkan tujuh kes iaitu lima kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kempas, satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan satu kes darpada lain-lain saringan Covid-19

MELAKA merekodkan tiga kes iaitu dua kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment