Covid-19 : Bersama hadapi gelombang ketiga

RAKYAT perlu berpadu tenaga bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 yang kini memasuki gelombang ketiga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kita sekarang telah memasuki gelombang ketiga #COVID19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Semalam, sebanyak 375 kes baharu Covid-19 dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu. Daripada jumlah itu, 371 merupakan penularan tempatan dan empat lagi merupakan kes import.

Sebelum ini pun, Dr. Noor Hisham sering kali mengingatkan rakyat untuk bersatu dalam peperangan menentang transmisi Covid-19 skala besar ini kerana tanpa sokongan orang ramai kita tidak boleh berjaya.

“Orang ramai boleh bantu kami, sila  “Duduk di Rumah” dan jika terpaksa keluar, sila patuhi SOP; sila pakai pelitup muka, jaga penjarakan yang selamat dan kerap mencuci tangan. Kegagalan mematuhi pasti akan meningkatkan risiko jangkitan dan penularan penyakit,” katanya.

Katanya, tanpa sokongan awam, barisan hadapan tidak boleh memenangi peperangan ini untuk mengawal atau menjatuhkan transmisi virus.

“Apa yang kita minta, adalah untuk orang awam ′′ Duduk Di Rumah ′′ dan jika itu tidak mungkin sila mematuhi SOP yang mudah simple pakai topeng, jarak selamat dan basuh tangan yang kerap.“Orang awam memainkan peranan penting dengan mematuhi sepenuhnya kepada semua SOP yang ditetapkan, tidak kira siapa orangnya,” katanya.

Related posts

Leave a Comment