PUTRAJAYA: Sebanyak 71 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, 24 September menjadikan jumlah keseluruhan kes 10,576.
Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 69 kes merupakan kes tempatan manakala dua lagi kes adalah kes import.
Sabah masih mencatat kes tertinggi dengan 63 kes termasuk 10 kes dari Kluster Laut dan 47 kes dari Kluster Bangau-Bangau.
Kedah dan Selangor masing-masing mencatat empat dan tiga kes baharu.
Di Selangor, satu kes import melibatkan ketibaan dari Indonesia manakala satu kes import di Johor pula melibatkan ketibaan dari Singapura.
Tiada kluster baharu direkodkan dan tiada penambahan jumlah kematian, menjadikan jumlah kematian kekal 133.