Kematian di AS cecah 200,000

ANGKA kematian di Amerika Syarikat (AS) akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada lebih 200,000 kes sementara jumlah kes yang dicatatkan negara itu kini 6.8 juta kes.

Mengikut data Johns Hopkins University, sehingga pukul 8.30 pagi ini, jumlah keseluruhan kes di dunia adalah 31,453,048 manakala jumlah kematian 967,347.

AS mendahului dengan 6,890,014 kes dan 200,654 kematian diikuti India 5,562,663 kes dan 88,935 kematian (tempat ketiga) dan Brazil 4,558,040 kes dengan 137,272 kematian.

Rusia merekodkan 1,111,157 kes, Colombia 777,537, Peru 768,895, Mexico 700,580, Sepanyol 682,267, Afrika Selatan 663,282, Argentina 640,147 dan Perancis 506,982.

Chile merekodkan 448,523 kes, Iran 429,193, United Kingdom 406,054, Bangladesh 352,178, Arab Saudi 330,798, Iraq 327,580, Pakistan 306,886, Turki 306,302, Itali 300,897, Filipina 291,789, Jerman 277,412 dan Indonesia 252,923.

Bagi kes kematian pula, Mexico menduduki tempat keempat dengan 73,697 kematian, United Kingdom 41,951, Itali 35,738, Perancis 31,424, Peru 31,369, Sepanyol 30,904, Iran 24,656, Colombia 24,397 dan Rusia 19,575.

Sementara itu sebanyak 21,583,667 kes dilaporkan sembuh dengan didahului India 4,497,867, Brazil 3,993,432, AS 2,646,959, Rusia 914,923, Colombia 640,900, Peru 607,837, Mexico 596,317.

Afrika Selatan 592,904, Argentina 508,563, Chile 423,176, Iran 363,737, Arab Saudi 312,684, Pakistan 293,159, Turki 269,696, Iraq 261,757, Bangladesh 260,790, Jerman 244,693 dan Filipina 230,643 .

Related posts

Leave a Comment