BEKAS Perdana Menteri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta selepas beliau didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak. Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, atau penjara lima tahun dalam kes menyalahguna kedudukan.…
Read MoreDay: July 28, 2020
28 tempatan 11 import
Nabi SAW bukan ‘pelarian’
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, Nabi Muhammad SAW meninggalkan Makkah atas perintah dan tuntutan Allah SWT, dan bukannya melarikan diri ke Madinah. “Dalam kitab Fiqh Al-Sirah dikaryakan Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti yang mentakrifkan hijrah di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW tatkala hijrah ke kota Madinah bukanlah bermakna Rasulullah melarikan diri dengan hanya melarikan diri begitu, tetapi adalah atas perintah dan tuntutan Allah SWT. “Istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain,”…
Read MoreNajib bersalah 7 pertuduhan
BEKAS Perdana Menteri, Najib Razak didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan. Disebabkan itu, kata hakim, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah. “Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah…
Read More