Terhad 1,000 jemaah

JEMAAH haji tahun ini yang terhad kepada lebih kurang 1,000 orang sahaja adalah bagi  melindungi kesihatan awam berikutan penularan wabak Covid-19.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah berkata, jemaah yang terpilih perlu menjalani pengasingan sebelum dan selepas ibadah haji.

Katanya, berdasarkan pengalaman mengendalikan jemaah serta keupayaan tenaga manusia dan teknikal, Kerajaan Arab Saudi mampu memastikan jemaah selamat.

Beliau memberitahu, sebuah hospital bersepadu akan disediakan di tempat suci serta pusat kesihatan di Arafat bagi menghadapi kes kecemasan semasa ibadah.

Hanya mereka yang tinggal di Arab Saudi, berumur di bawah 65 tahun tanpa penyakit kronik berpeluang menunaikan haji kali ini.

Sementara itu banyak negara telah memutuskan untuk membatalkan penghantaran jemaah sebelum Arab Saudi mengumumkan tiada jenaah haji antarabangsa.

Menteri Haji dan Umrah Mohammed Saleh Bentin menghargai keputusan negara-negara berkenaan bagi melindungi jemaah.

Katanya , Arab Saudi sejak awal lagi mengambil berat soal kesihatan jemaah dan telah membatalkan umrah dan kini ibadah haji yang terhad.

“Ini adalah proses sukar dan kami bekerja dengan pakar di Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa lain bgai memastikan ibadah haji selamat,” katanya.

Kementerian haji juga akan bekerjasama dengan misi diplomatik di Arab Saudi bagi menentukan jumlah penduduk bukan Saudi yang layak menunaikan haji.

“Memelihara nyawa manusia adalah keutamaan kami dan kami memahami bahaya virus ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment