Jangkitan melebihi 700,000

KES positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah lebih 700,000 orang dengan kematian hampir 34,000 orang.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 142,000 kes manakala Itali merekodkan lebih 97,000 kes.

Sementara itu Presiden AS, Donald Trump melanjutkan tempoh penjarakan sosial di negara itu hingga 30 April ini.

Langkah itu dibuat selepas beliau buat pertama kalinya pada Ahad mengakui angka jangkitan koronavirus di AS mungkin mencecah 100,000 atau lebih.

Menurutnya, jika angka kematian di negara itu berada pada paras 100,000 atau ke bawah, “kita semua telah lakukan yang terbaik.”

Pengumuman Trump itu susulan pandangan pakar penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci pada Ahad dalam program “State of the Union” di siaran berita CNN bahawa 100,000 atau lebih rakyat AS mungkin menjadi korban jangkitan virus itu.

Related posts

Leave a Comment