Covid-19 pertama di Saudi

ARAB Saudi mengesahkan kes pertama koronavirus Covid-19 yang melibatkan seorang rakyat negara itu yang pulang daripada Iran melalui Bahrain.

Lelaki yang positif Covid-19 itu tidak mendedahkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi bahawa dia telah berkunjung ke Iran sebelum Bahrain.

Arab News melaporkan, Menteri kesihatan Arab Saudi menyatakan bahawa sebagai salah satu langkah pencegahan, sepasukan kawalan jangkitan telah dikerahkan memeriksa serta mengambil sampel lelaki itu untuk diuji di makmal.

Hasil ujian makmal yang dijalankan telah mengesahkan bahawa lelaki itu dijangkiti Covid-19 dan diberikan rawatan serta diasingkan.

Turut melaporkan kes pertama adalah Jordan, Tunisia, Senegal, Latvia dan Portugal.

Beberapa negara terus mencatatkan pertambahan kes serta kematian.

Di Washington, kematian akibat wabak itu di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada enam, semalam, serentak dengan penularan virus berkenaan di bahagian Barat Laut Pasifik negara itu.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), melaporkan, setakat ini Covid-19 sudah meragut hampir 3,100 nyawa di seluruh dunia termasuk peningkatan sebanyak sembilan kali ganda di beberapa negara luar China.

Related posts

Leave a Comment