Covid-19 pertama di Saudi

ARAB Saudi mengesahkan kes pertama koronavirus Covid-19 yang melibatkan seorang rakyat negara itu yang pulang daripada Iran melalui Bahrain. Lelaki yang positif Covid-19 itu tidak mendedahkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi bahawa dia telah berkunjung ke Iran sebelum Bahrain. Arab News melaporkan, Menteri kesihatan Arab Saudi menyatakan bahawa sebagai salah satu langkah pencegahan, sepasukan kawalan jangkitan telah dikerahkan memeriksa serta mengambil sampel lelaki itu untuk diuji di makmal. Hasil ujian makmal yang dijalankan telah mengesahkan bahawa lelaki itu dijangkiti Covid-19 dan diberikan rawatan serta diasingkan. Turut melaporkan kes pertama adalah…

Read More