Covid-19 terus merebak

BERMULA di Wuhan, sebuah wilayah di China, jangkitan Covid-19 kini merebak ke serata dunia apabila setiap hari ada sahaja laporan yang melibatkan sama ada kes pertama dikesan di negara berkenaan atau pertambahan jumlah kes.

Dilaporkan lebih 60 negara telah terkesan dengan wabak ini yang setakat pagi ini (2 Mac 2020) telah meragut hampir 3,000 nyawa dengan jumkah terbesar di China diikuti Iran, Itali dan Korea Selatan.

Jumlah kes pula melepasi 87,100 mangsa yang terus menimbulkan kebimbangan mengenai penularannya ke seluruh dunia.

Negara yang mengesan kes pertama termasuklan Republic Dominika, Republik Czech dan Kepulauan Rhode.

Itali terus menambah jumlah kes kepada 1,694 dengan 566 kes yang melibatkan lima lagi kematian . Di Perancis 30 lagi kes dilaporkan menjadikan 130 kes

Sementara itu di Malaysia, Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat empat kes baharu sehingga pukul 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah mereka yang terbabit dengan virus ini adalah sebanyak 29 kes.

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) juga mengesahkan seorang pekerjanya positif wabak itu dan masih menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Singapura juga mengesahkan empat lagi kes jangkitan dengan dua daripadanya membabitkan warga Myanmar dan Jepun menjadikan jumlah keseluruhan 106 kes di republik itu.

Related posts

Leave a Comment