HASRAT Kongres Kesatuan PekerjaPekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.3 juta penjawat awam mahu melakukan protes senyap mendapat sokongan banyak pihak. Ini termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili pekerja sektor swasta serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Protes senyap itu dijadualkan mulai November (esok) bagi menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga barangan terutama ayam. Reaksi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob pula ialah rakyat boleh memboikot barangan tertentu yang dinaikkan pada harga tidak munasabah bagi menangani sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab serta ingin…
Read More