Dari Jalan Argyll ke Chan Sow Lin

SALAM perpisahan! Itu ayat permulaan yang lebih sesuai untuk minggu ini jika ayat pertama ruangan Selak pada 29 Disember 2008 bermula dengan Salam perkenalan dan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430. Saya tidak pasti adakah ini catatan terakhir apabila minggu ini saya bersama hampir 800 orang lagi akan meninggalkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Mulai 1 Disember, kami akan berhijrah sebagai orang yang menyahut Skim Pemisahan Sukarela (VSS). Dalam ‘keterpaksaan kami melangkah kaki’ meninggalkan sebuah syarikat yang sudah banyak jasanya. Biar apa orang kata, terima kasih kepada Utusan kerana memberi rezeki…

Read More

Demokrasi, provokasi, kontroversi

PIHAK di sebelah sana terus membuat ‘lambungan’ isu untuk dijadikan bahan ‘sembang’ di serata ceruk rantau. Kali ini berkaitan cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Isu ini bukan sahaja mengundang pelbagai reaksi parti-parti politik tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pendakwah, pemimpin masyarakat dan rakyat terutama orang Melayu dan Islam. Tindak balas mereka panas sehingga membawa kepada demonstrasi. Entah apa lagi isu yang bakal ‘dilambung’ untuk ‘disambut’ oleh orang Melayu, siang dan malam. Dalam tempoh enam bulan ini satu persatu isu timbul sama ada yang…

Read More

Satu penggal terus ‘berpolitik’

BERAKHIRKAH ‘pesta memancing’ dan ‘lompat melompat’ parti? Jika ya, bila agaknya. Selepas enam bulan, episod ini belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir. Ada pasang surut, semuanya melibatkan anggota Parlimen UMNO. Tidak melibatkan wakil rakyat parti komponen Pakatan Harapan (PH) sama ada DAP, PKR, Bersatu atau Amanah. Dalam kalangan anggota biasa termasuk veteran juga ada yang sudah beralih arah, termasuk memilih Bersatu. Ada juga dakwaan, pemimpin Pas pelbagai peringkat akan turut menyertai Amanah, serpihan Pas. Adakah mereka termasuk anggota Parlimen Pas? Kisah atau ‘cakap-cakap politik’ juga belum nampak tanda-tanda akan berakhir. Satu…

Read More

‘Tiada tol, PTPTN turun, gaji naik’

TAHNIAH kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana berjaya membentangkan Belanjawan 2019. Pelbagai reaksi diterima berhubung belanjawan bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’. Bagi pihak pembangkang, sudah tentu ada yang tidak memuaskan hati kerana mereka ada pengalaman membentangkan bajet sebelum ini. Kerajaan PH tidak perlu berkecil hati kerana PH juga pernah menjadi pembangkang. Terimalah kritikan secara terbuka sama seperti ketika suatu ketika dulu, mereka mengkritik belanjawan yang dibentangkan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Najib Tun Razak, Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin. Bagi yang mendapat ‘habuan’, sudah tentulah gembira dan memuji tetapi…

Read More