Pemandu, penumpang pilih teksi atau Grab?

SYUKURLAH janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melihat semula operasi aplikasi e-hailing seperti Grab sudah ditunaikan. Langkah itu adalah bagi membela nasib pemandu teksi dan kereta sewa. Menyelak kembali kemelut teksi dan Grab ini, e-hailing bukanlah isu baharu yang terlalu besar, samalah seperti kisah kasut ‘putih hitam’ dan SPAD menjadi APAD. Apa yang menjadi masalah apabila pemandu teksi mendakwa Grab merugikan mereka. Kerugian itu pula bukan semata-mata disebabkan e-hailing. Sebenarnya ramai juga pemandu teksi menggunakan e-hailing dan ramai juga yang beralih sebagai pemandu Grab. Isu yang timbul adalah berkaitan pilihan…

Read More

Hormati hak orang lain tingkat kualiti ibadah

KETIKA mahu mendaftar masuk di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini, terdengar seorang petugas kaunter meminta pelanggannya membayar denda RM200 kerana dikesan merokok di dalam bilik. Terkedu seketika pelanggan yang terdiri daripada beberapa orang yang mungkin menginap di bilik itu. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dan bertanya siapa yang merokok? Tidak ada yang mengaku. Mungkin malu, atau takut RM200 melayang. Pelbagai alasan diberi termasuk mereka tidak tahu siapa yang merokok dan tidak menyedari di bilik itu sudah ada peringatan larangan merokok. Walaupun masing-masing bertegas tidak…

Read More

Menanti rentak ‘wajah baharu’ di Dewan Rakyat

SEJARAH tercipta apabila Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas bermula hari ini. Selama 20 hari bersidang sehingga 16 Ogos, banyak sejarah akan tercatat. Paling utama sudah tentulah perubahan selepas enam dekad. Selama 60 tahun Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) memerintah, kali ini Pakatan Harapan (PH) pula membentuk kerajaan. Jika dulu di Dewan Rakyat, BN berada di sebelah kanan, kini beralih kepada kedudukan kiri. Begitu juga sebaliknya. Pakatan yang menggabungkan DAP, PKR, PPBM dan Amanah berjaya menyingkirkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14) pada 9…

Read More

Bersyukurlah dipilih, istiqamah di Haramain

SELAMAT berangkat menunai­kan ibadah haji kepada 30,200 jemaah yang bakal ‘terbang’ secara berperingkat mulai Sabtu ini sehinggalah penerbangan terakhir pada 15 Ogos. Syukurlah, mereka ini adalah antara lebih 1.5 juta yang bertuah kerana terpilih, yang sebahagian besarnya telah lama menunggu giliran. Sebahagian be­sarnya sudah tentu kali pertama sementara yang lain mungkin juga kali kedua atau ketiga. Menjelang keberangkatan itu, bakal jemaah telah dibekalkan dengan pelbagai amalan yang perlu dilakukan ke­tika berada di Mekah dan Madinah. Diharapkan semua urusan berkaitan sama ada di negara ini dan di Arab Saudi dapat berjalan…

Read More

Mana mungkin 9 Mei tersungkur, 9 Julai bangkit

MINGGU lalu Selak memperkatakan tentang isu keluar masuk parti yang diibaratkan seperti pokok tumbang beruk pun lari. Memang benarlah apabila dahan jatuh ke bumi malahan pokok pula tumbang, bagaimana beruk mahu bergayut? Larilah mencari pokok baharu jika tidak sanggup bermain di tanah sementara menanti tunas baharu muncul. Ada ketikanya pokok yang tumbang masih mampu hidup sekira-nya mendapat ‘baja’ secukupnya. Tunas-tunas baharu akan muncul. Itu cerita pokok dan beruk. Bukan manusia. Bagi manusia, pokok tumbang akan dibersihkan jika ia mengganggu rumah atau laluan. Kayunya boleh dijadikan kayu api untuk memasak atau…

Read More