Semoga kos, tekanan di jalan raya berkurangan

DETIK yang menceriakan! Hari yang dinanti-nantikan. Menjimatkan masa dan meringankan beban kehidupan atau perbelanjaan. Tiada tekanan. Tidak perlu keluar awal pagi. Simpan kereta di rumah atau parkir saja di tempat yang disediakan. Tidak perlu fikir soal turun naik harga minyak untuk ke tempat kerja, tidak perlu mengharungi kesesakan di atas jalan dan plaza tol. Begitulah harapan terhadap perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sejauh 51 kilometer (km) yang beroperasi sepenuhnya mulai hari ini. Diharapkan hari pertama ini tidak menimbulkan masalah sebaliknya melegakan semua pengguna yang selama ini…

Read More