Terima kasih cikgu! Hargailah jasa guru

ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera Cikgu! Selak mengam­bil kesempatan meng­ucapkan lebih awal Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik sama ada yang sudah bersara atau sedang memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Esok, 16 Mei, giliran golongan pendidik sama ada dikenali sebagai Guru, Cikgu, Teachers, Ustaz, Ustazah, Murab­bi atau apa sahaja yang bertanggungjawab mendidik akan me­nyambut Hari Guru. Pada bulan ini, banyak hari yang bertujuan menghargai golongan tertentu termasuk Hari Pekerja, Hari Belia dan Hari Jururawat. Menyelak kembali sejarah sam­butan Hari Guru pada setiap 16 Mei, pada tarikh yang sama, tahun 1956, Majlis…

Read More

Hormati rakan grup, eratkan silaturahim

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 berakhir semalam. Seperti biasa pada hari terakhir, banyak buku dilelong atau potongan harga ‘gila-gila’. Tidak pasti jumlah sebenar pengunjung. Selak tidak tahu bagaimana perkiraan dibuat kerana pengunjung bebas keluar masuk, tanpa perlu mendaftar, tidak seperti penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) atau Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM). Diharapkan pesta itu berjaya mencapai sasarannya dan penerbit serta penjual buku mendapat manfaat. Pelbagai jenis buku, majalah dan novel turut dilancarkan. Semoga budaya membaca terus subur dalam kalangan masyarakat sama ada sekadar majalah atau…

Read More

Di sebalik media sosial, buku masih satu keperluan

MINAT membaca semakin merosot? Itu persoalan yang timbul apabila kebanyakan industri berkaitan media cetak mengalami kemerosotan. Selain akhbar dan majalah, turut terasa tempiasnya sudah tentulah industri buku. Pengaruh media sosial menjadikan minat membaca semakin parah. Telefon pintar dan pelbagai gajet menguasai manusia yang tidak perlu lagi ‘membaca’ surat khabar, majalah atau buku. Maklumat di hujung jari dan membaca buku semakin terpinggir. Ada kedai buku yang terpaksa menutup perniagaan atau mengecilkan saiz kedai. Seorang penerbit buku ketika ditemui baru-baru ini mengeluh kerana hasil jualan buku yang dibekalkan di kedai merosot. Amat…

Read More