Teksi: Bajet 2017 khabar gembira atau duka?

ADA yang kata 10,000 dan ada pula yang mendakwa 20,000 teksi sudah dipulang kepada syarikat. Tidak pasti, angka mana yang betul tetapi jumlah itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Syarikat yang menyewakan teksi atau permit bolehlah mencari jalan keluar kepada masalah ini lebih-lebih lagi selepas kehadiran Uber dan Grab yang bakal memberi saingan. Bagi pemandu yang tidak mampu bersaing terpaksa menyerahkan teksi mereka dan mencari jalan keluar termasuk menyertai Grab atau Uber. Punca utama teksi diserahkan semula adalah sama ada pemandu tidak mampu lagi menanggung beban sewa yang tinggi berbanding pendapatan…

Read More

Di sebalik hartanah, pengangkutan awam darat

SELAMA dua hari, Sabtu dan Ahad, banyak panduan atau ilmu yang dikongsi oleh pejuang-pejuang hartanah kepada lebih 2,000 peserta Simposium Hartanah Utusan 2 (SHU2). Diharapkan simposium secara percuma itu memberi manfaat kepada para peserta terutama generasi muda untuk melibatkan diri sebagai pelabur hartanah. Mengikuti ce­ramah yang disampaikan sepanjang dua hari itu, ada beberapa panduan yang boleh membantu orang muda memiliki hartanah bukan sahaja untuk diduduki tetapi sebagai pelaburan masa hadapan. Sekurang-kurangnya mereka bakal memiliki aset ketika hari tua, bukannya jatuh miskin pada usia tua. Harta tiada, tanah pun tiada! Seperti…

Read More

Air: Ujian atau pembalasan angkara perbuatan manusia

SEJAK kebelakangan ini, penduduk Selangor menghadapi gangguan bekalan air. Gangguan di luar musim kemarau. Ketika ini empangan masih sarat dengan air. Ketika kemarau sebelum ini tidak ada ‘catuan’ seperti sekarang. Ketika ini banyakan kawasan pa­ling kurang akan terputus bekalan air selama dua hari berturut-turut, bergantung kedudukan zon. Dua hari ada, dua hari tidak ada. Adakah ini satu cubaan, dugaan atau ujian? Jika kemarau, bolehlah dianggap ujian Allah. Bagaimanapun, gang-guan yang dihadapi sekarang adalah disebabkan pencemaran bau dari sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah. Akibatnya Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih,…

Read More

Orang ‘besar dan tua’ jagalah orang ‘kecil, muda’

NAHAS di kawasan sekolah berulang lagi. Anak-anak yang menjadi korban nahas di depan mata ibu bapa atau cacat sepanjang hayat bukanlah satu dua kes atau baharu seminggu dua. Apabila berlaku kemalangan, berbagai-bagai reaksi timbul. Pelbagai pandangan dilontarkan kononnya mahu mengelakkan kemalangan berulang. Hakikatnya, kata orang sekali air bah sekali pantai berubah. Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti maka peraturan-peraturannya juga akan berubah. Dalam isu ini, ia bolehlah dikaitkan apabila berlaku kemalangan, maka timbullah pelbagai reaksi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. Macam-macam nak buat. Malangnya semuanya itu hangat-hangat tahi ayam,…

Read More