Mencari siapa bohong, berbohong, pembohong

APA khabar CAT Pulau Pinang? CAT di sini bukan bermaksud kucing tetapi slogan urus tadbir kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Cekap, Akauntabiliti, Telus. Sejak timbul isu banglo Jalan Pinhorn dan tanah Taman Manggis, banyak  pihak tertumpu kepada slogan CAT Pulau Mutiara itu. Seperti  cuaca sekarang, semakin hari semakin panas, banyak yang diselak berkaitan  isu  berkenaan. Satu persatu didedahkan. Ada juga yang sudah tidak tentu arah, hari ini cakap ‘A’ dan esok cakap ‘B’. Berbelit-belit. Tumpuan sekarang ialah sejauh mana kerajaan pimpinan Lim Guan Eng mampu menyelesaikan masalah ini sama ada…

Read More

Usaha Guan Eng menjaga CAT di Pulau Pinang

SEMALAM, Ahad adalah hari cuti bagi Pulau Pinang. Ini bermakna semua pejabat kerajaan ditutup. Bagaimanapun di Komtar, pusat pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, wartawan terpaksa ke tingkat 28 kerana diundang menghadiri sidang akhbar oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Menyelak kembali kenangan di tingkat 28, sudah lama saya tidak menjengah tingkat 28 Komtar itu. Dulu semasa era Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Koh Tsu Koon, sering juga ke sana menghadiri sidang akhbar mingguan Ketua Menteri dari Gerakan itu. Jarang wartawan akan ke tingkat 28 pada hari minggu. Kebiasaannya jika ada…

Read More

Apa peranan sebenar pertubuhan Melayu

SIAPA pula rakan baharu Pas dalam pakatan pembangkang yang bakal diumumkan nanti? Sebelum ini, Pas sudah menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang sama ada yang dipimpin oleh orang Islam atau bukan Islam. Menyelak kembali kerjasama itu, Pas pernah bersama dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Gagasan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Setelah menyedari hakikat keperluan kerjasama seperti dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), Pas sudah bersama parti pelbagai kaum untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU). Pas pernah bersama parti politik seperti DAP, PBS, PRM, IPF, MSP, S46, Hamim dan PKR. Maka, tidak hairanlah…

Read More

Tolong hormat anak-anak di kawasan sekolah

MINGGU lalu selepas menghadiri satu program ibu bapa di sekolah, saya bersama anak berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Di pintu pagar sekolah, saya terpandang seorang pelajar cuba melintas jalan menggunakan laluan khas yang disediakan. Ketika itu lampu di lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat menunjukkan warna hijau. Maknanya pelajar itu boleh melintas dengan selamat di laluan yang dikhaskan untuk melintas. Tiba-tiba ada sebuah kereta melintasi kawasan itu dengan kelajuan yang sederhana walaupun lampu isyarat di laluan pemandu itu sudah menunjukkan warna merah. Mujurlah pelajar berkenaan seorang yang ‘bersekolah’. Dia…

Read More