Hayati ‘roh haji’ menjelang hari wukuf di Arafah

ALHAMDULILLAH, segala puji kepada Allah. Syukurlah di sebalik ujian yang menimpa jemaah haji seperti ribut pasir, kren tumbang dan kebakaran hotel, kerajaan Malaysia berjaya mendapat kuota tambahan untuk rakyat negara ini menunaikan ibadah haji. Dengan ihsan kerajaan Arab Saudi yang sudah pasti didorong hubungan baik pemimpin Malaysia – Arab Saudi, 2,100 jemaah tidak lagi ternanti-nanti giliran untuk menunaikan haji. Syukur juga kerana boleh dikatakan pada tahun ini, tidak ada cerita besar jemaah terkandas kerana visa atau penerbangan. Adalah sedikit masalah yang akhirnya dapat diselesaikan dengan baik walaupun pada saat-saat akhir.…

Read More

Dalam jerebu, orang politik kalut ‘lompat, loncat’ parti

MINGGU ini, menjelang 16 September, sebuah lagi parti politik akan dilahirkan iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipelopori oleh bekas barisan kepemimpinan Pas yang kecundang dalam pemilihan lalu. Amanah mengambil tempat Parti Pekerja Malaysia (PPM). Mengikut daftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ketika ini terdapat 36 parti politik yang berdaftar dengan suruhanjaya itu termasuk PPM. Seperti yang diketahui umum, senarai nama mereka yang bakal menyertai Amanah sudah tersebar. Ramai yang pernah menyertai Pas dan seia sekata dengan parti itu telah menyatakan kesediaan­ untuk melompat. Pada masa yang sama, ada juga anggota…

Read More

Agama, bangsa jadi alat ‘tindas’ orang Islam, Melayu?

BARU-BARU ini ketika sedang menyelak Bintang Timur, sebuah akhbar terkemuka di utara tanah air lebih 30 tahun lalu, saya terbaca tajuk berita ‘Komunis guna Islam tindas orang2 Islam’. Tindas membawa maksud yang amat luas, bukan sekadar bermakna ‘kekerasan’ perbuatan atau tindakan. Tindas juga membawa maksud menghimpit, menekan atau menghapuskan. Saya tidak bermaksud mahu mengulas lebih lanjut mengenai makna ‘tindas’ tetapi lebih kepada isi kandungan kenyataan di Bintang Timur itu. Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Shariff Ahmad di Alor Setar pada Ahad, 1 Ogos 1976. Shariff ketika…

Read More