Apabila merasionalkan subsidi dianggap tidak rasional

SIAPA kata gula punca diabetes? Itulah kenyataan atau reaksi pihak-pihak tertentu sebagai tanda ‘protes’ terhadap keputusan kerajaan menarik balik subsidi gula dalam Bajet 2014. Ada yang melihat keputusan kerajaan itu sekadar satu alasan untuk menaikkan harga barangan tersebut. Begitulah jadinya apabila setiap keputusan atau tindakan kerajaan semuanya ‘tidak kena’ walaupun ada faktor-faktor tertentu yang mendorong penarikan balik subsidi berkenaan. Langkah kerajaan merasionalkan subsidi gula dianggap tidak rasional. Mereka yang mengkritik kenaikan harga gula ini tidak menyentuh soal penjimatan perbelanjaan subsidi dan peluang memanfaatkan subsidi ini untuk program yang lebih berfaedah…

Read More

Giliran Gerakan memilih barisan pemimpin hadapi cabaran PRU-14

SELEPAS pemilihan UMNO berakhir kelmarin, tumpuan kini terarah kepada dua parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan. Bagi MCA yang akan melangsungkan pemilihan akhir tahun ini, sudah nampak tanda-tanda akan berlaku perebutan hebat antara penyandang jawatan itu Chua Soi Lek dan timbalannya, Liow Tiong Lai. Perkembangan yang berlaku semalam apabila resolusi mencela Tiong Lai ditolak menunjukkan tanda-tanda akan berlaku perebutan dalam parti berkenaan. Namun masih terlalu awal untuk melihat sejauh mana ‘pergolakan’ dalam MCA ini. Mungkinkah selain Tiong Lai, bekas Presiden, Ong Tee Keat akan turut serta mencabar…

Read More

Keresahan bakal jemaah menghadapi isu kekangan kuota haji

KETIKA ini kira-kira 2 juta umat Islam yang terpilih dari seluruh dunia berada di Arafah untuk wukuf, sebagai tanda bermulanya musim haji tahun ini. Angka tidak rasmi sebelum ini menunjukkan 1.4 juta umat Islam sudah memasuki kota Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Difahamkan jumlah ini akan mencecah 2 juta orang tetapi tidak menyamai 3.2 juta orang pada tahun lalu. Jumlah itu merosot disebabkan pengurangan kuota yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi berikutan kerja-kerja ubah suai dan menaik taraf kemudahan infrastruktur sekitar Masjidilharam. Bagi rakyat tempatan di Malaysia,…

Read More

Kempen bukan sekadar pengenalan calon di pentas

HARI ini, anggota UMNO akan dapat mengetahui kedudukan muktamad siapa yang selamat untuk bertanding atau tidak. Masih ada lebih kurang seminggu untuk ‘sayap’ dan dua minggu untuk peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi menjelang pemilihan UMNO pada 12 dan 19 Oktober ini. Ketika ini calon-calon yang bertanding sibuk berkempen memperkenalkan diri dari satu negeri ke satu negeri. Semalam, mereka yang menawarkan diri bertanding berada di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagi calon-calon yang berkesempatan, mereka berpeluang ‘menunjuk muka’ kepada para perwakilan di tiga negeri itu manakala yang tidak berpeluang berbuat demikian terpaksa…

Read More