Bezanya sesak Ramadan di Kuala Lumpur, Mekah dan Kaherah

BEGITU pantas masa berlalu. Hari ini genap 20 hari kita berpuasa. Syukurlah, kerana kita dapat menjalani ibadah itu dengan sempurna. Bayangkan jika kita berada di Palestin, Mesir atau Syria. Di sesetengah negara, mereka tidak mampu bersahur, berbuka atau mengerjakan solat tarawih dengan sempurna. Mereka ‘menderita’ kerana persengketaan dan ‘perang saudara’ disebabkan kuasa politik. Banyak pihak di dunia Islam yang sedang bersengketa tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan. Mereka gagal menghentikan segala bentuk permusuhan serta pertumpahan darah. Akibatnya rakyat yang ingin meningkatkan ibadah menjadi mangsa. Bulan untuk bertolak ansur dan bermaaf-maafan bertukar…

Read More

Shahrizat, Khairy sedia dicabar

PERTANDINGAN bagi merebut jawatan dalam sayap parti UMNO iaitu Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita pada Oktober ini pasti berlaku. Kemungkinan semua jawatan bermula daripada ketua, naib ketua serta exco akan dipertandingkan. Setakat ini, jawatan naib ketua Pemuda dan Wanita sudah terbuka untuk dipertandingkan. Jawatan dalam Wanita kosong berikutan tindakan Kamilia Ibrahim beralih arah selepas menjadi calon Bebas Parlimen Kuala Kang-sar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu. Bagi Pemuda pula, penyandang sekarang, Razali Ibrahim tidak layak mempertahankan jawatan itu kerana had umur. Jumaat lalu, Shahrizat Abdul Jalil menegaskan pendirian…

Read More

Penghinaan pada Ramadan, berulang, berterusan

APAKAH juadah berbuka anda hari ini? Bubur lambuk, ayam golek, nasi Arab, ikan patin atau sekadar kuih muih. Di mana anda berbuka? Di rumah, di pejabat, di restoran atau di hotel? Biar apa pun menu berbuka anda pada petang ini dan di mana sahaja lokasi berbuka, sudah tentu perkara utama yang diberikan perhatian ialah soal makanan yang halal, selamat dimakan serta tidak memudaratkan kesihatan. Perkara ini sememangnya dalam pengetahuan umat Islam. ‘‘Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah…

Read More

Ramadan bukan sekadar iftar, tarawih, tazkirah

MENJELANG malam ini, umat Islam di negara kita akan dimaklumkan sama ada puasa pada bulan Ramadan bermula esok atau Rabu. Sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi malam ini. Semoga kita diberi kekuatan kesihatan untuk menunaikan salah satu daripada Rukun Islam itu serta mengisi bulan yang penuh keberkatan ini dengan pelbagai amalan baik yang dijanjikan ganjaran pahala yang besar. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sebaliknya ia turut mengingatkan umat Islam untuk tidak melakukan perbuatan atau tindakan yang boleh mengurangkan ganjaran pahala seterusnya membatalkan puasa itu. Bukanlah bermakna di luar Ramadan,…

Read More

Kalau sudah sedap dan ketagih, lupa mudarat

BARU-BARU INI, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengenakan larangan terhadap penjualan dan peng-gunaan rokok elektronik atau e-rokok, yang tidak mengandungi tembakau. Persatuan itu mendakwa se-makin ramai anak muda tertarik menggunakan e-rokok yang pertama kali diperkenalkan di China pada Mei 2004 yang secara langsung memberi kesan negatif alat itu sebagai kaedah menghentikan tabiat merokok. Para saintis di University of Athens, Greece, mendapati e-rokok boleh menyebabkan kerosakan kepada paru-paru dan nikotin yang merupakan racun toksik serupa dengan racun serangga. Apabila terlalu banyak yang dihisap, ia boleh membawa kepada keracunan…

Read More