Jangan sekadar ‘menang sorak dan emosi’ di Dewan Merdeka

SELAMA lima hari ‘mata dan telinga’ ter-tumpu ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kini perhatian beralih pula ke setiap pelusuk bahagian dan kawasan pilihan raya di seluruh negara. Adakah jentera UMNO akan bergerak seperti yang diharapkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lalu? Sepanjang minggu lalu, orang politik dan masyarakat seluruhnya sudah melihat dan mendengar apa yang berlaku semasa perhimpunan itu sama ada melalui media cetak, media elektronik atau media baru. Perhimpunan kali ini nampak lebih tersusun dan lebih fokus kepada memanaskan suasana pilihan raya umum (PRU).…

Read More