Seperti biasa polis disalahkan, mereka mahu ‘cuci tangan’ sampai bersih

dikejutkan dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang yang menamakan dirinya Pemerhati yang bersyukur di bumi Allah. Memang sudah menjadi kebiasaannya akan berada di kawasan berkenaan pada awal pagi atas urusan perniagaan. Beginilah lebih kurang SMSnya. ‘‘Secebis kisah… Orang-orang (maksudnya ramai) Melayu di Dataran Merdeka (sekitarnya) seawal pagi tadi. Perasaan sedih, geram, marah dan malu melihat wanita berpurdah, golongan pertengahan yang sepatutnya menjaga cucu di rumah, lelaki berkopiah pertengahan umur yang seharusnya layak bertaslim di masjid, remaja lelaki dan perempuan yang semestinya mentelaah buku, suami yang sewajibnya berada di samping…

Read More

Dua setiausaha agung parti politik jadi tumpuan di Pulau Pinang

AKHIRNYA teka-teki mengenai siapa yang akan mengetuai kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 di Pulau Pinang terjawab. Tugas itu kini terletak kepada Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow. Beliau menggantikan Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon. Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan secara tidak langsung tidak akan mengekalkan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang. Sepanjang ‘ketiadaan’ Tsu Koon, Dr. Teng Hock Nan yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang menjalankan…

Read More

Disenaraikan atau tidak, teruskan kerja

ADAKAH nama anda disenaraikan oleh parti di peringkat bahagian sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13? Jika ada baguslah. Tidak ada pun tidak apa kerana senarai itu bukanlah sesuatu yang muktamad. Perubahan boleh berlaku pada saat-saat akhir. Apa yang lebih penting sekarang ialah bekerja untuk kemenangan. Inilah yang sedang dilakukan oleh parti politik menjelang PRU yang semakin hampir. Masing-masing mahu memikat pengundi. Me-reka sudah menyediakan senarai calon walaupun ada yang masih berbalah mengenai pembahagian kerusi. Di sesetengah kawasan, sedang berlaku ‘perang’ bendera parti. Suasana ini agak berbeza. Dulu yang…

Read More

Sesudah Guan Eng, siapa pula calon KM Pulau Pinang selepas PRU13

KETIKA DAP diasak oleh pelbagai pihak berhubung beberapa tindakan kerajaan negeri pimpinannya, Lim Guan Eng nampak tenang. Biar pun ‘gelora’ di luar, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP itu mengambil sikap ‘membisu’ dan ‘memekakkan telinga’. Beliau tidak melayan sebarang desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk parti politik seperti Gerakan, UMNO, MCA dan Parti Cinta Malaysia. Begitu juga dengan teguran atau kritikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Semuanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Inilah kelebihan Guan Eng yang gemar mengambil pendekatan ‘memekakkan telinga dan membisu seribu bahasa’.…

Read More

Jangan yang dikejar dapat, dikendong pula keciciran

UMNO Pulau Pinang sudah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Senarai itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak tidak lama lagi. UMNO Pulau Pinang sudah bersedia untuk meng-hadapi PRU. UMNO negeri itu juga yakin dapat ‘mengambil’ semula kerusi yang di-menangi pakatan pembangkang pada PRU lalu. Sekurang-kurangnya, kerusi Parlimen Balik Pulau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung dan Sungai Bakap. Mungkin angin perubahan yang berlaku akan turut membantu UMNO memenangi semula kerusi Penanti yang disandang PKR dan kerusi tunggal Pas di Permatang…

Read More