Menanti bentuk ‘pengorbanan’ Tsu Koon pada PRU13

MINGGU lalu Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon menyatakan kesediaannya ‘mengorbankan diri’ sekiranya itu mampu memberi kejayaan kepada parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Apakah bentuk pengorbanan itu? Ia masih rahsia. Tsu Koon akan mengumumkannya kemudian selepas perincian dan perbincangan dilakukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan demikian pada ucapan penggulungan Persidangan Gerakan Ke40. Tsu Koon tewas pada PRU lalu kepada calon DAP, Prof. Dr. P.Ramasamy di kawasan Parlimen Batu Kawan dengan majoriti 9,485 undi. Angka itu lebih besar daripada majoriti yang dimenangi…

Read More