TENANG menjadi gelanggang pertama bagi menguji keupayaan G.Palanivel yang dilantik sebagai Presiden MIC pada 6 Disember 2010. Begitu juga dengan orang No. 2, Dr. S.Subramaniam, Ahli Parlimen Segamat yang juga berjiran dengan Parlimen Labis. Sebagai jiran, tentulah Subramaniam mempunyai sedikit sebanyak pengaruh di kalangan pengundi India. Palanivel yakin MIC akan memberi sumbangan kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini. Menurut Palanivel, MIC mempunyai 14 cawangan di Tenang dan 1,100 daripada 1,754 pengundi adalah anggota MIC. Apa yang penting…
Read More