Pilihan raya kecil lawan pakat keluar ramai-ramai

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menutup tirainya. Dalam keadaan hujan dan banjir, pengundi-pengundi Tenang tetap tenang keluar mengundi. Mungkin hujan lebat dan banjir yang membasahi Tenang bagi ‘membasuh’ segala ‘kekotoran’ sepanjang kempen PRK itu. Pelbagai kaedah digunakan untuk memancing undi sama ada oleh calon-calon yang bertanding atau para penyokong. Banyak fitnah, tohmahan yang dibangkitkan termasuklah isu peribadi calon. Ada yang sanggup membuka pekung di dada. Ada isu yang boleh diterima akal dan ada pula sengaja dibangkitkan bagi menjatuhkan imej calon. Isu peribadi menjadi sasaran apabila parti…

Read More

Tenang Palanivel! Masih banyak cabaran

TENANG menjadi gelanggang pertama bagi menguji keupayaan G.Palanivel yang dilantik sebagai Presiden MIC pada 6 Disember 2010. Begitu juga dengan orang No. 2, Dr. S.Subramaniam, Ahli Parlimen Segamat yang juga berjiran dengan Parlimen Labis. Sebagai jiran, tentulah Subramaniam mempunyai sedikit sebanyak pengaruh di kalangan pengundi India. Palanivel yakin MIC akan memberi sumbangan kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini. Menurut Palanivel, MIC mempunyai 14 cawangan di Tenang dan 1,100 daripada 1,754 pengundi adalah anggota MIC. Apa yang penting…

Read More

Beban pengusaha, peniaga jangan digalas pengguna

SEJAK awal lagi sudah timbul kekeliruan mengenai tarikh sebenar pembukaan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Satu pihak kata mulai 1 Januari manakala pihak lain pula mengumumkannya pada 2 Februari. Kemudian kecoh pula mengenai ruang niaga yang kadar sewanya terlalu mahal. Kemudian ada lagi beberapa isu lain yang melibatkan pengusaha bas dan penduduk sekitarnya. Keengganan pengusaha bas memasuki terminal itu membuatkan Halimah Mohamed Sadique yang mengetuai Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) naik berang dan memberi kata dua. Mujurlah isu ini selesai, jika tidak meranalah pengguna bas ekspres ke selatan. Jelaslah…

Read More

Semuanya mahu dipolitikkan sehingga bertemu pilihan raya umum

DAH tak larat dengan cerita politik. Sejak selepas pilihan raya umum (PRU) lalu, ada saja isu politik yang dibangkitkan. Setiap tindakan, pergerakan dan tutur kata mahu dipolitikkan. Novel yang berusia berpuluh tahun pun mahu dipolitikkan. Sudah dua tahun 10 bulan, PRU 2008 berlangsung tetapi terasa macam baru berlalu. Ada wakil rakyat letak jawatan semata-mata nak bagi ruang orang lain bertanding. Ada yang letak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pemimpin. Bagaimanapun ada yang tinggalkan parti tetapi tidak letak jawatan wakil rakyat, maka selamatlah ‘duit rakyat’. Tetapi pilihan raya kecil (PRK)…

Read More

Assalamualaikum Cikgu, Selamat Pagi Cikgu, Terima Kasih Cikgu

SALAM Tahun Baru 2011! Sudah tiga hari kita meninggalkan 2010. Memori 2010 masih segar dalam ingatan. Apa pula yang akan berlaku pada tahun 2011? Dalam dunia politik, apakah akan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13? Pastikah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mac? Mungkinkah Pilihan Raya Kecil DUN Tenang yang terakhir selepas PRU Mac 2008? Adakah Kabinet 1Malaysia akan dirombak? Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan-rakannya? Adakah terus berpakat atau longgar? Itulah antara cerita politik yang bakal menjadi perhatian tahun ini. Cerita politik tidak…

Read More