MENGANGGAP diri berada di zon selesa sedangkan hakikatnya menghampiri jurang berbahaya. Begitulah kesimpulan yang boleh dibuat berikutan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Najib Tun Razak hampir tidak diluluskan pada 14 Disember lalu. Semuanya gara-gara ramai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak hadir ketika pengundian dilakukan. Akibatnya usul itu diluluskan dengan majoriti tipis. BN menang pengundian dengan memperoleh 66 undi manakala pakatan pembangkang PKR-DAP-Pas mendapat 63 undi. Agak aneh juga kenapa pada saat-saat genting begitu, ramai wakil rakyat BN ‘menghilangkan diri’. Mungkinkah mereka tidak tahu kesan kepada kerajaan BN jika Bajet…
Read More