Akibat pandu ikut perasaan, cakap ikut sedap mulut

Dulu bas 2 tingkat AB kini Sani HARI ini adalah Isnin terakhir bagi tahun 2009. Banyak kisah menarik yang mewarnai tahun ini yang akan melabuhkan tirainya Khamis ini. Semoga 1 Januari 2010 yang bermula Jumaat ini akan lebih baik. Menariknya 1 Muharam atau Tahun Baru Hijrah juga jatuh pada hari Jumaat, 18 Disember. Dan menjelang hari-hari terakhir 2009, banyak cerita duka dicatatkan. Kisah sedih tentunya nahas bas dua tingkat Sani Express pada 1 pagi Ahad lalu di Kilometer (KM) 272.8 Lebuh Raya Utara Selatan yang mengorbankan 10 nyawa. Beberapa lagi…

Read More

Zon selesa di pinggir jurang berbahaya

MENGANGGAP diri berada di zon selesa sedangkan hakikatnya menghampiri jurang berbahaya. Begitulah kesimpulan yang boleh dibuat berikutan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Najib Tun Razak hampir tidak diluluskan pada 14 Disember lalu. Semuanya gara-gara ramai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak hadir ketika pengundian dilakukan. Akibatnya usul itu diluluskan dengan majoriti tipis. BN menang pengundian dengan memperoleh 66 undi manakala pakatan pembangkang PKR-DAP-Pas mendapat 63 undi. Agak aneh juga kenapa pada saat-saat genting begitu, ramai wakil rakyat BN ‘menghilangkan diri’. Mungkinkah mereka tidak tahu kesan kepada kerajaan BN jika Bajet…

Read More

Kisah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dulu dan sekarang

MENYAMBUNG Selak minggu lalu, mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, yang segalanya sudah berubah. Bangunan tetap sama tetapi suasana di luar dan dalam bangunan sudah bertukar. Malahan ‘isi’ DUN juga berubah. Seperti diselak minggu lalu, DUN Pulau Pinang ‘berwajah baru’. Tetapi seorang pembaca secara sinis berkata, bertuahlah wakil rakyat di Pulau Pinang kerana dapat bersidang dalam bangunan yang ‘berubah wajah’ dan ‘selamat’. Beliau bertanya, tahukah penulis bahawa ada sekumpulan wakil rakyat yang hanya mampu bersidang di bawah pokok atau menumpang di sebuah hotel? Tidak perlulah diulas perkara ini kerana…

Read More

Dari Kota Melaka ke Kota Cornwallis, Padang Kota

AGAKNYA sudah menjadi suratan takdir apabila menjadi pemimpin pembangkang sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau De-wan Rakyat (DR), mereka sering kali terpaksa ‘ditendang’ keluar persidangan atau perlu ‘angkat kaki’. Di Selangor, Ketua Pembangkang, Dr. Mohamad Khir Toyo (BN-Sungai Panjang) digantung malahan pemangkunya juga kemungkinan menghadapi tindakan yang sama. Di DUN Pulau Pinang baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Azhar Ibrahim (BN-Penaga) juga digantung. Punca Azhar digantung ialah kerana perkataan ‘dua tiga kerat’ dan kali kedua dikatakan menunjukkan punggung sedangkan menurut kata Azhar, beliau tunduk untuk mengambil beg sebelum meninggalkan Dewan.…

Read More