Suasana baru bermula di Dewan Rakyat hari ini

HARI ini Dewan Rakyat mula bersidang. Mesyuarat kedua, penggal kedua, Parlimen kedua belas ini akan berlangsung sehingga 30 Jun ini. Persidangan ini adalah kali pertama selepas peralihan kepimpinan UMNO pada 26 Mac lalu. Ini juga kali pertama persidangan selepas rombakan Kabinet berikutan peralihan kuasa pada 3 April 2009. Najib Tun Razak yang sebelum ini sebagai orang No.2 kini menjadi orang No.1 mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Berikutan rombakan itu, akan berlaku perubahan tempat duduk pada persidangan kali ini yang melibatkan barisan Kabinet baru. Pak Lah…

Read More