Pengundi tidak kemaruk mengundi di Penanti

BUKAN berita mengejutkan! Seperti dijangka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam. PKR layak memenangi kerusi itu kerana telah diberi laluan mudah apabila Barisan Nasional (BN) tidak meletak calon sebagai tanda tidak bersetuju dengan cara pengosongan kerusi itu dilakukan. Dan di kalangan empat calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti itu, PKR adalah satu-satunya parti politik yang bertanding sementara yang lain adalah calon Bebas. Kehadiran calon Bebas sekadar tidak mahu memberi kemenangan percuma kepada PKR. Dengan sokongan rakan-rakan seperti DAP dan Pas,…

Read More