‘Ikan sardin di dalam tin lebih selesa’

PADA 21 Ogos 2008, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninjau kemudahan pengangkutan awam dengan menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT). Daripada situ, beliau mendapati perkhidmatan itu tidak sistematik, jadual ketibaan tidak teratur, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas. ‘‘Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu nampaknya macam tak ada sistem. Ini yang saya rasa tidak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan…

Read More

BN selepas Mac 2008, dua pilihan raya kecil

PAKATAN pembangkang berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat apabila calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Sabtu lalu. Dan bagi Barisan Nasional (BN), ini kekalahan kedua dalam pilihan raya kecil selepas tewas di Permatang Pauh pada Ogos 2008. Bagaimanapun, Permatang Pauh memang milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pilihan raya kecil diadakan hanya untuk memberi laluan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang bagi mengejar impian membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 September lalu. Kekalahan di Kuala Terengganu bermakna BN ditolak…

Read More

Hanya ‘hukuman’ Tuhan selamatkan Palestin?

SUDAH 16 hari rakyat Palestin dilanyak oleh rejim Zionis. Tidak ada tanda-tanda rejim itu akan berundur walaupun Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi dilaksanakan segera gencatan senjata di Genting Gaza. Begitulah apabila sifat kebinatangan menguasai manusia. Rejim Yahudi dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) tidak peka sebaliknya pekak dengan tangisan rakyat Palestin. Mereka sengaja memekakkan telinga dengan tidak mempedulikan desakan masyarakat antarabangsa supaya berundur dan menghentikan serangan. Mata mereka buta. Mereka tidak buka mata melihat paparan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Palestin terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua. AS pula…

Read More

Bangun…Selamat pagi cikgu! Terima kasih cikgu!

HARI ini sesi persekolahan di seluruh negara bermula sepenuhnya selepas Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakannya semalam. Riuh rendah di sekolah dengan pelbagai ragam anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan dan buat kali pertama mengucapkan ‘Selamat pagi cikgu’ atau ‘Assalamualaikum cikgu’. Semoga sesi persekolahan kali ini tidak berlaku sebarang ‘kekecohan’ seperti yang pernah dicatatkan sebelum ini. Jika diselak penggal persekolahan lalu, kecoh satu Malaya mengenai yuran atau bayaran yang membebankan. Ada yuran tambahan dan ada juga yuran tandas! Ini membebankan ibu bapa. Tetapi kali ini, segalanya diharapkan berjalan lancar lebih-lebih…

Read More