Seni khat….

Hasil karya terbaharu Haji Anwar Khan, ahli kariah Masjid Bandar Seri Putra. Surah al-Fatihah. Surah pertama yang diturunkan secara lengkap. Surah pembuka al-Quran Surah penawar/penyembuh penyakit Surah yang eksklusif, diturunkan hanya untuk Nabi SAW Surah yang menjadi rukun solat. Surah yang diberi banyak gelaran kerana keistimewaannya

Read More

Ayat 9 surah al-Hasy-r

Hasil karya Haji Anuar Khan dari Masjid Bandar Seri Putra “Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya,” (Al-Hasy-r 59:9)

Read More

Dari Surah Al-Baqarah

Surah Al-Baqarah 286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan…

Read More