IBARAT penggulungan dalam penggulungan. Rumah siap pahat berbunyi! Begitulah kisahnya apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke terpaksa ‘menggulung penggulungan’ perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2026. Ketika perwakilan UMNO sudah meninggalkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC), sejak semalam, mungkin kebanyakan sudah sampai di rumah masing-masing, masih ada agenda yang belum selesai. Siapa bercakap benar! Bukan sekadar Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘digulung’ malahan Timbalannya Mohamad Hasan (Tok Mat) turut digulung dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Ternyata Loke mengikuti perkembangan perbahasan di…
Read MoreCategory: ISU
Angka bukan lagi ukuran kejayaan, sokongan
JIKA pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024, Setiausaha Agung Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan jumlah keahlian parti itu mencecah 3,447,445 orang tetapi sempena PAU 2025, angka itu meningkat kepada 3.52 juta. Tentunya pengumuman itu sesuatu yang membanggakan anggota UMNO kerana mereka mempunyai jumlah ahli teramai berbanding lebih 1 juta keahlian yang dimiliki oleh Pas atau PKR Namun angka tidak menggambarkan sokongan sebenar yang akan diterima pada hari pengundian, iaitu semasa pilihan raya diadakan. DAP contohnya tidak bergantung kepada keahlian sebaliknya kepercayaan dan keyakinan kepada parti itu. Dan lihat berapa kerusi…
Read MoreSemoga ETS3 ‘tidak ganggu’ pengguna komuter
TAHNIAH kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang ‘meraikan’ perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) laluan KL Sentral–Johor Bahru, seterusnya menjadi penghubung pengangkutan rel utara selatan, Padang Besar – JB Sentral. Bagi pengguna yang mahukan perjalanan lebih pantas antara Johor Bahru – KL dan sebaliknya tentu menyambut baik kerana ETS3 dijangka mengurangkan masa perjalanan kepada sekitar 4.5 jam, berbanding jalan raya, lima hingga tujuh jam. Perkhidmatan ini juga diharap dapat menjana pendapatan KTMB walaupun sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tanggungjawab sosial perlu digalas berbanding mengaut keuntungan melalui perkhidmatan komuter dan ETS.…
Read MoreMCA, MIC mencari ‘pintu keluar’ BN
APA lagi yang ada jika MCA dan MIC meninggalkan Barisan Nasional (BN)? Pernah mempunyai anggota gabungan terbesar – 14 parti politik termasuk Sabah dan Sarawak, yang tinggal bersama BN kini hanya UMNO, MCA, MIC. Semua parti politik di Sarawak sudah angkat kaki meninggalkan BN yang ditubuhkan pada 1974 bagi menggantikan Perikatan. Dari Sabah pula yang tinggal hanya Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pimpinan anak muda Arthur Joseph Kurup. Begitulah yang terjadi apabila kuasa hilang atau menjadi lemah. Masing-masing lari lintang pukang mencari ‘dahan’ baharu untuk bergayut. Berdasarkan situasi semasa ketika…
Read MorePRU: Persefahaman lebih mencabar menanti PH, BN
AKHIRNYA persefahaman kerjasama dalam kalangan parti politik GRS-PH dan PH-BN gagal mengelakkan pertindihan kerusi apabila berlaku pertembungan di sekurang-kurangnya empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17, kerusi Kemabong, Bandau, Moyog dan Karamunting dan Silam menyaksikan persefahaman yang ‘koyak’ sama ada melibatkan calon GRS-PH, BN-PH dan GRS-PH-BN. Pertembungan calon GRS-PH melibatkan kerusi DUN Moyog dalam Parlimen Penampang; BN-PH di Karamunting (P. Sandakan); manakala Kemabong (P.Tenom),Bandau (P.Kota Marudu) dan Silam (P.Lahad Datu) menyaksikan ketiga-tiga parti bertembung sesama sendiri. Di mana silapnya apabila pertembungan itu tidak…
Read MoreArak: Sukarkah menjaga sensitiviti umat Islam
SEMAKIN ‘meleret’ reaksi isu hidangan arak atau minuman keras yang melibatkan Tourism Malaysia baru-baru ini apabila ada pihak tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan umpama mahu ‘menegakkan benang basah’. Isu ini berlarutan, tidak berakhir dengan amaran keras Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing agar memastikan kesilapan menghidangkan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang. Pada masa yang sama ketika ada pihak yang mempertahankan’hidangan’ itu dan tidak membesar-besarkan isu itu, ada pula yang terus memainkan isu ini. Amat membimbangkan jika isu ini tidak dihentikan, kita mungkin…
Read MorePN tabur ‘peluru’ kepada ‘musuh’ politik
MUKTAMAR Tahunan Pas ke-71 sudah berakhir. Tidak pasti sama ada ia yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 atau sempat bermuktamar di Kelantan dan menyambut Ulang Tahun Pas ke-75 di Pulau Pinang tahun depan. Kali ini, muktamar yang boleh dianggap platform terbaik untuk mempersiapkan parti menghadapi PRU, juga Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung bersama pemilihan parti yang menyaksikan lima jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Pelbagai pandangan diberi mengenai perjalanan muktamar ini. Musuh politik akan melihat parti itu berbalah sesama parti komponen apabila Pas menyatakan hasrat mengambil alih memimpin Perikatan…
Read MoreKemampuan Presiden parti mengatasi malaikat?
Petikan dari Dr MAZA Channel BEBERAPA pihak bertanya saya tentang ucapan seorang ahli politik yang menyatakan “jika Allah ta’ala memerintahkan malaikat untuk menjadi Presiden …. (nama partinya), malaikat pun lari malam”. Saya rasa beliau terlepas cakap dan saya harap beliau tidak bermaksud seperti yang diucapkan. Pun begitu saya perlu mengulas ucapan itu supaya tidak ulangi oleh beliau atau pihak yang lain. Di sini saya ingin memberikan beberapa ulasan seperti berikut; 1. Adalah tidak sepatutnya mengaitkan malaikat dalam ucapan politik yang seperti itu. Allah menceritakan tentang sifat malaikat dalam Surah al-Tahrim…
Read MoreKecuaian punca ‘kesilapan tidak disengajakan’
MASIH berlegar rasa tidak puas hati dalam kalangan pimpinan kerajaan berhubung kesilapan infografik berkaitan profil Ketua Polis Negara (KPN) baharu, Mohd Khalid Ismail. Kebetulan dikaitkan pula dengan PKR, parti pemerintah. Selain pihak polis termaauj Mohd Khalid, tiga pemimpin PKR juga membangkitkan hal ini iaitu Setiausaha Agung, Fuziah Salleh, Ketua Penerangan Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail. Hakikatnya, isu ini menjadi tumpuan dan perhatian pelbagai pihak kerana profil yang diterbitkan Sinar Harian itu melibatkan pegawai tertinggi dalam agensi penguatkuasaan terbesar negara, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lainlah jika…
Read MoreHalangan Nurul Izzah hanya persepsi
MELIHAT ‘gelombang’ sokongan kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, adakah keputusan akhir menyaksikan tiada pertandingan bagi jawatan itu, atau istilah mudah menang tanpa bertanding? Tetapi siapa pula bakal menang tanpa bertanding, jika keadaan itu berlaku? Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh terjadi pada saat-saat akhir “demi perpaduan dan kekuatan” parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Apa pun penyandang jawatan, Rafizi Ramli sudah bersedia menghadapi saingan terutama melibatkan Nurul Izzah dan bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Rafizi mulanya mahu berundur. Kata Rafizi, apa juga pilihan…
Read More