AS benarkan Ukraine guna peluru berpandu

WASHINGTON – Ukraine dibenar untuk menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang dibekalkan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Russia, kata seorang pegawai kanan AS.

Presiden Joe Biden, memberi kebenaran ketika tentera Korea Utara dikerahkan untuk menyokong usaha Moscow menyerang Ukraine.

Russia telah mengerahkan hampir 50,000 tentera ke Kursk, wilayah selatan Rusia di mana Kyiv melancarkan serangan balas mengejutnya pada musim panas, untuk bersiap sedia merampas kembali wilayah itu.

Ribuan tentera Korea Utara telah dikerahkan ke Kursk sebagai sebahagian daripada serangan, mencetuskan kebimbangan Biden dan penasihatnya bahawa kemasukan mereka itu boleh membawa kepada fasa baharu yang berbahaya dalam perang.

Keputusan untuk membenarkan penggunaan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) di dalam Rusia telah dipertimbangkan selama berbulan lalu.

Manakala pegawai AS masih berbelah bahagi mengenai kebenaran itu, dengan ada yang bimbang peningkatan perang, sementara yang lain bimbang berhubung bekalan senjata yang semakin berkurangan.

Dua tahun pertama perang, AS enggan memberikan ATACMS kepada Ukraine pada sebahagiannya kerana bimbang peluru berpandu memerlukan masa dan komponen kompleks untuk dihasilkan.

Bagaimanapun, Biden secara rahsia meluluskan pemindahan peluru berpandu ATACMS jarak jauh pada Februari lalu untuk digunakan di dalam wilayah Ukraine dan AS membekalkannya selang dua bulan selepas itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment