Konflik berterusan, UNSC didakwa lumpuh

RIO DE JANEIRO: Brazil pada pembukaan mesyuarat Kumpulan 20 (G20).mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘lumpuh’ kerana gagal menangani peperangan di Gaza dan Ukraine,

Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira, mengambil kesempatan sempena mesyuarat kali ini bagi menegaskan ledakan konflik global menggambarkan peranan institusi antarabangsa seperti PBB seolah-olah ‘lumpuh’

Institusi pelbagai hala tidak dilengkapi dengan baik untuk menangani cabaran semasa seperti yang ditunjukkan oleh ‘kelumpuhan’ Majlis Keselamatan PBB (UNSC), tidak boleh diterima sama sekali dalam konflik di Gaza dan Ukraine.

“Keadaan ini mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah terutama orang awam,” katanya.

Mesyuarat menteri luar ekonomi terbesar dunia itu berkumpul di Rio de Janeiro bagi meyuarat pertama G20 tahun ini, yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dan Menteri Luar Russia, Sergi Lavrov.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell, pula memberi amaran keadaan di dua negara itu sebagai multilateralisme dalam krisis.

Terdahulu, UNSC gagal bertindak berhubung isu pencerobohan Russia ke atas Ukraine kerana Moscow bertindak menggunakan kuasa veto bagi membatalkan keputusan itu.

Bagi keadaan di Gaza pula, UNSC juga gagal dalam meluluskan resolusi yang diusulkan Algeria akibat penggunaan kuasa veto AS kelmarin, sekali gus melumpuhkan lagi usaha masyarakat antarabangsa menangani malapetaka kemanusiaan di Palestin.

Brazil yang mengambil alih jawatan sebagai Presiden G20 dari India pada Disember lalu, menyuarakan harapan kumpulan itu boleh menjadi forum untuk membuat kemajuan dalam hal sedemikian.

Bagaimanapun, hasrat itu mungkin berdepan kesukaran selepas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, mencetuskan ketegangan diplomatik pada Ahad lalu, menyelar Israel dengan menuduh rejim Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Lula menuduh rejim Zionis dengan membandingkan apa yang pernah Israel lakukan sebelum ini menerusi kempen ketenteraan di Semenanjung Gaza dengan peristiwa Holocaust atau pembunuhan besar-besaran penduduk Yahudi.

Tuduhan itu sekali gus menimbulkan kemarahan di pihak Israel sehingga rejim Zionis menggelarkan pemimpin tertinggi Brazil itu sebagai ‘persona non grata’ dan boleh membayangi sebarang usaha untuk meredakan konflik melalui G20.

Blinken turut mengadakan pertemuan dengan Lula semalam di Brasila sebelum menghadiri sidang G20, apabila menyatakan pihaknya tidak bersetuju dengan tuduhan yang dilontarkan itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment