Kegagalan dasar Asia Barat AS

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, menyifatkan konflik Israel-Gaza menunjukkan ‘kegagalan’ dasar Asia Barat Washington dan menggelar penciptaan ‘negara Palestin yang merdeka dan berdaulat’ sebagai ‘keperluan’.

“Saya fikir ramai orang akan bersetuju dengan saya bahawa ia adalah contoh jelas kegagalan politik Amerika Syarikat di Asia Barat,” kata Putin semasa bertemu Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani di Moscow.

Putin berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan keputusan Majlis Keselamatan PBB mengenai penciptaan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

“Pihak Barat tidak mengambil kira kepentingan asas rakyat Palestin,” katanya.

Sehari sebelum itu, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata penciptaan negara Palestin adalah penyelesaian yang ‘paling boleh dipercayai’ untuk keamanan di Israel.

Kremlin awal pagi ini berkata, lawatan Presiden Palestin, Mahmud Abbas dirancang sebelum serangan Hamas ke atas Israel, ke Moscow adalah sebagai persediaan tetapi tidak memberikan tarikh.

Moscow berkata, pihaknya bimbang bahawa pihak asing boleh memasuki konflik selepas AS memindahkan kapal perang lebih dekat dengan sekutunya Israel.

Related posts

Leave a Comment