Semua calon Gerakan tandatangani SD

KUALA LUMPUR 27 Julai – Semua 36 calon parti Gerakan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan kesetiaan kepada parti, kata Naib Presidennya, Koo Shiaw Lee.

Beliau berkata,  semua calon juga bebas kes jenayah dan rasuah dengan menjalani pemeriksaan dengan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Semua calon sudah menandatangani SD dan ini bertujuan untuk memastikan calon Gerakan jika menang tidak akan lompat parti.

“Ini adalah sebagai satu jaminan kepada pengundi bahawa calon Gerakan tidak main-main dan untuk mengelak daripada berlaku perkara yang pernah terjadi membabitkan parti lain sebelum ini,” katanya pada sidang media di Menara PGRM di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 16 calon PRN bagi Negeri Sembilan dan Selangor menandatangani SD berkenaan.

Shiaw Lee berkata, tujuan semua calon perlu menandatangani SD itu juga kerana mahu menghormati demokrasi di negara ini.

“Menerusi cara ini dapat memastikan semua calon melaksanakan tugas mereka iaitu memperjuangkan hak kepentingan rakyat,” katanya.

Related posts

Leave a Comment