Salahuddin alami pendarahan otak

KUALA LUMPUR 22 Julai – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha akhbar beliau, Syakirin Husnal berkata, Salahuddin menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Menurut Syakirin, Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar pukul 10.15 malam tadi, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.

“Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” katanya.

(Foto Salahuddin di Pekan Nat, Kedah)

Related posts

Leave a Comment