Lapangan terbang di Dammam diserang

RIYADH – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan, seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam, Arab Saudi.

Menerusi platform X, pihak berkuasa itu memaklumkan serangan berkenaan berlaku pada Rabu malam dan mengakibatkan seorang penduduk terbunuh serta lapan individu lain mengalami kecederaan daripada ringan hingga parah.

Semua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Serangan tersebut juga menyebabkan kerosakan harta benda di lapangan terbang berkenaan, dengan penilaian mengenai tahap kerosakan masih dijalankan.

Katanya, maklumat lanjut mengenai insiden itu akan diumumkan dari semasa ke semasa apabila perkembangan baharu diperoleh.

Related posts

Leave a Comment