New York isytihar Darurat Bencana Negeri

NEW YORK – Gabenor New York, Kathy Hochul, mengisytiharkan “Darurat Bencana Negeri” sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes campak di seluruh negeri itu.

Perintah eksekutif itu, pengisytiharan pertama seumpamanya oleh sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) dibuat sejak kes mula melonjak pada 2025.

Berdasarkan perintah eksekutif berkenaan, setakat Sabtu lalu, sebanyak 108 kes campak dilaporkan dalam kalangan penduduk New York tahun ini.

Daripada jumlah itu, 92 kes dilaporkan sejak 15 Julai dengan kebanyakannya dalam komuniti luar bandar dengan kadar imunisasi rendah di 18 kaunti. Sebanyak tujuh kes disahkan di Bandar Raya New York.

Wabak itu berlaku ketika kes campak meningkat di kawasan luar bandar New York dan negeri berjiran.

Setakat 1 Oktober lalu, AS merekodkan 3,887 kes campak yang disahkan pada 2026.

Daripada jumlah itu, 3,869 kes dilaporkan oleh 47 bidang kuasa, manakala 18 kes campak dilaporkan dalam kalangan pelawat antarabangsa ke AS, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Semalam, Jabatan Kesihatan Pennsylvania mengumumkan sebanyak 1,004 kes campak disahkan di 39 kaunti di Pennsylvania setakat ini pada 2026, dengan lima kematian disahkan berkaitan campak.

Related posts

Leave a Comment