135,000 huffaz profesional menjelang 2050

KUALA LUMPUR 8 Sept.  – Menjelang tahun 2050, UMNO yang memperkukuh semula Dasar Tahfiz Negaramenyasarkan untuk melahirkan lebih 135,000 huffaz profesional, kata Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Katanya, dengan mengambil aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), agenda itu diteruskan melalui kemudahan dan institusi pendidikan sedia ada, termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).

“Pendekatan tersebut membuktikan pendidikan al-Quran dan tahfiz boleh diintegrasikan dengan pendidikan arus perdana bagi melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja menguasai ilmu agama, malah cemerlang dalam bidang profesional.

“MRSM sahaja mempunyai 58 buah institusi, manakala sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah turut mempunyai kemudahan yang boleh dimanfaatkan untuk agenda ini,” kata Pengerusi MARA itu ketika berucap pada Majlis Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 di Dewan Tun Dr Ismail, WTCKL, hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia  Dusuki Ahmad; dan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Yahaya.

Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia, itu disertai tiga panelis undangan iaitu Mufti Perlis,  Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Melaka Abdul Halim Tawil dan Pengasas Pondok Rumi Sufi Jawi Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli.

Sementara itu, Dr Asyraf membidas persepsi yang mengatakan golongan huffaz hanya mampu menguasai bidang agama dan tidak mampu bersaing dalam bidang profesional perlu ditolak.

Sebaliknya, beliau berkata, perkembangan pendidikan tahfiz masa kini membuktikan hafazan al-Quran boleh digabungkan dengan kecemerlangan akademik dan bidang profesional.

“Tahun ini sahaja, seramai 258 huffaz daripada MRSM mendapat keputusan 10A dalam SPM. Ini menafikan tanggapan bahawa golongan huffaz tidak boleh pergi jauh. Ini bukti bahawa seseorang pelajar boleh menguasai al-Quran dan pada masa sama cemerlang dalam bidang akademik,” katanya.

Dr Asyraf menegaskan Dasar Tahfiz Negara perlu dilihat sebagai satu agenda pembangunan modal insan jangka panjang yang mampu melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan mempunyai penghayatan agama yang kukuh.

“Kalau kita lihat keseluruhan ekosistem ini, kita sebenarnya sudah mempunyai asas yang sangat kukuh. Yang diperlukan ialah bagaimana kita menyusun dan menggerakkan semua prasarana ini secara lebih tersusun untuk merealisasikan sasaran melahirkan huffaz profesional.

“Inilah antara proses pembangunan pendidikan Islam yang perlu kita teruskan demi membentuk generasi masa depan negara,” ujarnya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment