HIROSHIMA – Jepun memperingati ulang tahun ke-81 pengeboman atom di Hiroshima, tragedi yang meragut puluhan ribu nyawa pada 6 Ogos 1945, menyebabkan kemusnahan besar.
Amerika Syarikat pada tarikh berkenaan iaitu penghujung Perang Dunia Kedua.
menggugurkan bom atom “Little Boy” ke atas Hiroshima.
Letupan itu memusnahkan sebahagian besar bandar berkenaan dan mengorbankan puluhan ribu penduduk serta-merta, dengan ramai lagi meninggal dunia kemudian akibat kecederaan dan kesan radiasi.
Tiga hari kemudian, satu lagi bom atom digugurkan di Nagasaki, yang akhirnya membawa kepada penyerahan Jepun dan berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Upacara peringatan tahunan diadakan di Taman Memorial Keamanan Hiroshima dengan kehadiran mangsa yang terselamat, keluarga mangsa, pemimpin tempatan, wakil kerajaan dan delegasi antarabangsa.
Ribuan orang turut berhimpun untuk memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam serangan itu.
Dalam mesej yang dibacakan bagi pihak Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres, Wakil Tinggi PBB bagi Hal Ehwal Perlucutan Senjata Izumi Nakamitsu berkata Hiroshima terus menjadi lambang ketahanan, pembaharuan dan harapan.
Beliau turut memberi amaran bahawa ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, kemerosotan kepercayaan antara negara dan persaingan strategik global sedang menambah risiko keselamatan antarabangsa, termasuk ancaman penggunaan senjata nuklear.
Mangsa yang terselamat daripada pengeboman atom, dikenali sebagai hibakusha, terus memainkan peranan penting dalam usaha mendidik generasi baharu mengenai kesan kemanusiaan akibat peperangan nuklear.
Ulang tahun itu turut disambut dengan pelbagai acara peringatan dan doa keamanan di Hiroshima, termasuk upacara bertafakur, bacaan deklarasi keamanan serta pelepasan tanglung sebagai simbol mengenang mangsa tragedi berkenaan.
