PH kekalkan Aminuddin calon MB

SEREMBAN 22 Julai – Pakatan Harapan (PH) mengekalkan Aminuddin Harun sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan itu terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) kali ini.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, berkata gabungan itu sudah mempunyai calon untuk jawatan berkenaan, berbanding pihak lawan yang didakwa masih berebut untuk menentukan calon Menteri Besar.

“Sambung perkhidmatan yang baik kerana Datuk Seri Aminuddin masih lagi calon kita sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Kita sudah ada calon, kita ada rekod. Sebelah sana (pihak lawan) beberapa orang berebut, belum mampu umum lagi.

Jadi kalau lepas PRN, dia baru nak berebut jadi Menteri Besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, di sini, malam ini.

Perdana Menteri sekali gus berharap pengundi di Sikamat, Ampangan dan semua DUN lain memberikan sokongan penuh kepada PH.

“Saya minta kawan-kawan, bagi peluang. Ini tempat saya tahu, Sikamat. Aminuddin, dia ada sentimen cukup kuatnya. Dia jaga sini berapa lama.Kadang-kadang dia fikir, sebab dia Menteri Besar Negeri Sembilan, dia mesti tunjuk, dia mesti jaga negeri keseluruhannya,” katanya.

Anwar turut mempersoalkan alasan pihak tertentu yang mahu menolak sokongan terhadap Aminuddin yang kini bertanding sebagai calon PH di kerusi DUN Linggi

Katanya, keputusan memilih kerajaan adalah hak rakyat dalam sistem demokrasi yang menilai berdasarkan rekod kerja pemimpin.

Beliau menegaskan rakyat perlu membuat pilihan berdasarkan ‘track record’ dan bukan sekadar janji ketika pilihan raya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment