UAE dakwa kapalnya diserang Iran

ABU DHABI – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mendakwa dua kapal tangki minyak gergasi miliknya menjadi sasaran serangan peluru berpandu kruis Iran di perairan Oman berhampiran Selat Hormuz.

Kementerian Pertahanan UAE dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa! serangan itu mengorbankan seorang anak kapal warga India dan mencederakan lapan yang lain.

Kapal tangki minyak kategori ‘Very Large Crude Carrier (VLCC)’, iaitu Mombasa B (IMO 9739501) dan Al Bahyah (IMO 9937799), terkena serangan dua peluru berpandu kruis yang dilancarkan oleh Iran ketika berada di laluan perkapalan strategik tersebut.

Menurut kementerian itu, seorang kru warga India yang bertugas di atas kapal Mombasa B maut dalam serangan berkenaan manakala lapan lagi anak kapal dilaporkan cedera, termasuk empat yang mengalami kecederaan serius dan sedang menerima rawatan.

Pihak berkuasa UAE bagaimanapun belum mendedahkan butiran lanjut mengenai tahap kerosakan yang dialami kedua-dua kapal tersebut atau identiti mangsa yang terlibat.

Kementerian Pertahanan UAE mengecam serangan itu dan menyifatkannya sebagai ancaman serius terhadap keselamatan pelayaran antarabangsa serta kestabilan serantau.

Setakat ini, pihak Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan UAE mengenai serangan tersebut.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment