HAMILTON – Washington akan menguatkuasakan semula “sekatan ke atas Iran” selain mencadangkan caj sebanyak 20 peratus ke atas semua kargo yang melalui Selat Hormuz sebagai balasan kepada perlindungan keselamatan yang diberikan Amerika Syarikat (AS) di laluan itu.
Presiden Donald Trump, berkata Selat Hormuz dibuka dan akan terus dibuka, sama ada dengan atau tanpa Iran, dan AS akan menyediakan perlindungan keselamatan di laluan perairan itu dan mendapatkan bayaran balik daripada pengendali kargo.
“Kami menguatkuasakan semula sekatan ke atas sekatan Iran , yang dinamakan sedemikian kerana ia hanya menghalang kapal Iran atau pelanggan Iran daripada memasuki atau meninggalkan kawasan itu. Semua negara lain akan terus menikmati penggunaan Selat Hormuz secara bebas dan terbuka.” kata Trump.
Beliau juga menegaskan mulai saat ini, AS akan dikenali sebagai ‘Penjaga Selat Hormuz.’
“Namun, demi keadilan, AS akan dibayar balik pada kadar 20 peratus ke atas semua kargo yang dihantar bagi menampung semua kos yang diperlukan untuk menyediakan keselamatan di kawasan dunia yang amat tidak menentu ini.” katanya.
Nnnn
