SEPANG 12 Julai – “”Jika anda tidak boleh menang, anda masih boleh membuat “musuh” anda kalah,” demikian kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor, Tan Sri Annuar Musa.
Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau berkata, tidak ada yang pelik dengan percaturan Pas pada PRU DN Johor, sebaliknya ia berhasil menyekat kemenangan musuh politik iaitu, Pakatan Harapan (PH) dan DAP.
Beliau membidas kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Pas berjaya menamatkan riwayat rakan kerjasama politik utamanya dalam PN iaitu Bersatu secara total susulan kemenangan besar BN.
“Puad kata di Johor, politik Pas pelik. Tak pelik kalau kita cuba sekat kemenangan musuh. Yang pelik bila kita cuba kalahkan kawan. Jika anda tidak boleh menang, anda masih boleh membuat “musuh” anda kalah,” katanya.
Puad menerusi Facebook berkata kemenangan Pas paling besar ialah berjaya menamatkan riwayat parti Bersatu secara total.
“Pas membayar harga yang mahal di PRN Johor 2026. Mereka mengamal politik pelik. Sanggup bunuh rakan komponen sendiri. Kini Pas lengkap sebagai parti yang tidak boleh jadi rakan kongsi. Pas adalah “The loser”.,” katanya.
Nnnn
