PH kekurangan modal main semula isu Najib

KLUANG 9 Julai – Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan sama ada Pakatan Harapan (PH) kekurangan modal kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRUN DN) sehingga memainkan semula isu bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegur parti rakan dalam Kerajaan Perpaduan terutamanya pemimpin PH seperti Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang memainkan semula isu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang sudah selesai.

“Saya ingat kawan-kawan kita ini kurang modal ke apa? Saya ingat cukuplah benda tu. Cukuplah. Itu isu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dulu. Dah selesai dah.

Ini Johor tau. Tumpu pada Johor,” katanya pada sidang media selepas Program Sesi Libat Urus Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Johor di sini, hari ini.

Semalam, Rosmah dalam satu kenyataan mengecam Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  sebagai “pengecut” kerana menggunakan wajahnya untuk poster kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Poster yang dikongsi Nga di laman X semalam menunjukkan visual dengan wajah Rosmah dan menuding jari dengan teks yang memberi amaran, “If you don’t come back, I’ll be back” (Jika anda tidak pulang mengundi, saya akan kembali).

Visual itu dimuat naik bersama keterangan “Wow!”, dipercayai bagi menggesa pengundi Johor untuk pulang mengundi pada Sabtu ini.

Rosmah menyifatkan catatan itu sebagai propaganda murahan bertujuan menipu rakyat dan lebih memalukan seorang menteri sepatutnya menunjukkan contoh politik matang, bukan menyebarkan bahan fitnah dan manipulasi seperti budak pejabat parti yang terdesak mengejar undi.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar tersebut. Ini pembohongan jelas, berniat jahat dan dibuat untuk mengelirukan pengundi” kata

Rosmah yang menggesa Kementerian Komunikasi untuk mengambil tindakan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengalu-alukan hasrat Pas yang bersedia menjalin kerjasama termasuk menyumbang kerusi kepada UMNO sekiranya BN tidak memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri pada PRN Sabtu ini.

“Baguslah. Insya-Allah ok,” katanya.

Beliau turut menyatakan sekiranya BN memenangi PRN Johor, beliau bersama-sama kepemimpinan parti di peringkat nasional akan memantau pencapaian dan aku janji manifesto mereka.

“Insya-Allah aku janji yang dipaparkan di dalam manifesto BN akan dilaksanakan sepenuhnya untuk penggal yang akan datang. Saya di peringkat nasional bersama-sama dengan kepimpinan lain akan terus memantau pencapaian dan aku janji dalam manifesto berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid mengucapkan penghargaan susulan pertambahan sokongan pengundi bukan Melayu kepada calon BN yang terdiri daripada pelbagai parti dan kaum.

Beliau turut berharap pertambahan sokongan daripada mereka dapat dipertahankan sehingga Sabtu ini.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment