SEPANG 21 Julai – Kepada siapa kenyataan itu dikeluarkan? Itu persoalan yang ditimbulkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua mengeluarkan satu kenyataan yang mengundang pelbagai persepsi.
Menerusi Facebooknya, Pua bertanya: “Jika seseorang yang berpengaruh menyampaikan fakta yang tidak benar sehingga mencemarkan reputasi saya, patutkah saya menyaman?”
Beliau turut bertanya ““Adakah saya tak mempunyai hak untuk mempertahankan diri?” dan persoalan berikutnya ““Atau adakah saya akan menerima lebih banyak laporan polis?”
Kenyataan ringkas itu susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pembangunan projek LRT3 yang kini menjadi kenyataan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan rel menghubungkan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Menyingkap kembali pembangunan projek itu, baginda antara lain mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada DAP bersama penasihatnya Pua ketika itu mengecilkan kos pelaburan projek atas alasan kononnya projek ”Mega”
Sebelum ini juga, bekas Ahli Parlimen Damansara itu dilapor berkata, kuasa raja secara keseluruhan di bawah sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini adalah terhad.
Beliau mendakwa, sistem itu terhad kepada aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berperlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pua merujuk kenyataan Sultan Selangor sebelum itu berhubung institusi raja dan Rukun Negara.Kenyataan itu akhirnya mengundang banyak laporan terhadapnya.
Nnnn
