India bantah serangan di Teluk Oman

HYDERABAD – India mengemukakan “bantahan keras” kepada Amerika Syarikat   (AS) berhubung serangan terhadap kapal-kapal yang dikendalikan kru warga negaranya di Teluk Oman minggu ini yang mengakibatkan kehilangan tiga nyawa warga India secara tragis.

Kuasa Usaha Kedutaan AS Jason Meeks dipanggil ke Kementerian Hal Ehwal Luar India dan diminta menyampaikan kebimbangan India kepada Kerajaan AS berhubung penggunaan “kekuatan membawa maut” oleh tentera AS terhadap perkapalan awam.

Kementerian itu dalam satu kenyataan, berkata, bantahan dikemukakan berhubung serangan berterusan oleh angkatan laut AS ke atas kapal perdagangan yang membawa pelaut India di Teluk Oman, yang mengakibatkan kehilangan tiga nyawa warga India secara tragis dan boleh dielakkan.

Tiga pelaut India terbunuh selepas kapal berbendera Palau, Settebello, dilaporkan terkena serangan tentera AS di luar pantai Oman pada Rabu.

Kapal tangki asfalt berbendera Guinea-Bissau, Jalveer, pula dilaporkan diserang berhampiran Pelabuhan Shinas, Oman pada Khamis, manakala kapal tangki minyak berbendera Palau, Marivex, dilaporkan diserang pada 8 Jun ketika pasukan AS menguatkuasakan sekatan laut ke atas Iran.

“Tindakan sedemikian tidak boleh diterima dan menjejaskan keselamatan serta kestabilan perdagangan maritim antarabangsa di rantau sensitif pada waktu yang mencabar ini,” menurut kenyataan itu.

Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei dalam hantaran di media sosial sebelum ini turut mengkritik serangan terhadap kapal dagang India dan  menzahirkan simpati kepada keluarga dan rakan-rakan pelaut India yang terkorban.

Nnn

Related posts

Leave a Comment